JUSOH dan cucunya menarik guni pasir yang tertimbus akibat hakisan. FOTO Faris Zainuldin
JUSOH dan cucunya menarik guni pasir yang tertimbus akibat hakisan. FOTO Faris Zainuldin
Muhamaad Razis IsmailZatul Iffah Zolkiply dan Siti Nor Hidayatidayu Razali dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuala Nerus: Isu hakisan pantai di Terengganu terutama apabila berlaku ombak besar pada musim tengkujuh mengundang keresahan penduduk.

Kejadian hakisan mula dikesan berlaku di beberapa kawasan di pinggir pantai di negeri ini lebih 10 tahun lalu dan semakin terjejas sejak kebelakangan ini.

Hakisan yang ketara membabitkan kawasan di Tok Jembal, Teluk Ketapang, Tanjung Gelam di Kuala Nerus dan kawasan di pantai Rhu Renggeh sehingga Kelulut di Marang.

Lokasi seperti Kemasik di Kemaman, Teluk Lipat di Dungun dan Bukit Keluang di Besut antara kawasan yang tidak terkecuali.

Sebagai contoh, di Kuala Nerus sebelum ini hanya Pantai Tok Jembal dan pantai di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) antara yang musnah teruk, tetapi kini ia mula merebak ke Pantai Tanjung Gelam apabila lebih 100 meter kawasan pasir pantai dimakan ombak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Oktober 2016 @ 6:39 AM