KEADAAN banjir di sebuah masjid di selatan Thai, semalam.
KEADAAN banjir di sebuah masjid di selatan Thai, semalam.

Narathiwat: Banjir yang melanda wilayah selatan Thai meragut dua nyawa semalam.

Seorang daripada mangsa ialah anggota tentera yang terbunuh apabila bot yang dinaikinya terbalik dan karam di Sungai Kolok ketika dia membantu penduduk kampung berpindah ke tempat selamat.

Di Yala, seorang kanak-kanak perempuan berusia tahun terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di kampungnya.

Kejadian itu turut mencederakan ibu bapanya.

Pihak berkuasa Thai sebelum ini memberi amaran, sembilan wilayah di selatan negara itu berdepan dengan banjir dan tanah runtuh sehingga hari ini.

Wilayah berkenaan ialah Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Trang, Satun, Pattani, Yala dan Narathiwat.

Paling teruk terjejas ialah Narathiwat apabila air di Sungai Kolok, Bang Nara dan Sai Burimelimpah tebing dan menenggelamkan kawasan sekitar sedalam dua meter. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 5:05 AM