Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Tampin: Lelaki warga emas cedera di kaki kanan akibat digigit anjing liar di Taman Chonlee, di sini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak, berkata kejadian menimpa Abd Aziz Yusuf 64, pada kira-kria 6 petang semalam.

Menurutnya, ketika itu Abd Aziz melalui taman itu dengan menunggang motosikal.

Katanya, warga emas terbabit dikejar anjing betina yang bertindak menggigit kaki kanannya.

"Akibat gigitan itu mangsa cedera dan menerima suntikan di Hospital Tampin.

"Kes turut dirujuk pihak berkuasa tempatan. Berdasarkan keterangan penduduk, anjing itu bukan kepunyaan mereka dan didapati sering berkeliaran," katanya siasatan masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2016 @ 9:00 AM