GAMBAR yang menjadi tular di media sosial. FOTO ihsan pembaca
GAMBAR yang menjadi tular di media sosial. FOTO ihsan pembaca
Raja Noraina Raja Rahim dan Mohd Khidir Zakaria


Tampin: Gambar beberapa anggota Tentera Darat (TD) cedera parah termasuk putus kaki akibat terkena letupan bom yang tular di media sosial, hanya lakonan.

Sumber TD berkata, gambar itu diambil ketika lakonan pada majlis penamat kursus perubatan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas di sini, semalam.

Menurutnya, anggota 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) melakonkan situasi rawatan kepada 14 anggota cedera parah akibat terkena letupan bom di medan perang.

Katanya, hanya gambar anggota cedera terkena letupan bom tular melalui aplikasi WhatsApp sedangkan gambar ketika mereka membuat persiapan solekan kesan khas, tidak disertakan sekali menyebabkan orang ramai menyangka kejadian itu benar berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak ketika dihubungi turut menafikan kejadian itu berlaku dan tiada laporan polis diterima.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mac 2017 @ 9:45 PM