PELANCONG boleh bersantai dan rehat bila-bila masa saja di atas kapal Star Cruises SuperStar Libra.
PELANCONG boleh bersantai dan rehat bila-bila masa saja di atas kapal Star Cruises SuperStar Libra.
JUNIOR Suite khusus kepada pelancong yang membawa keluarga berpeluang untuk menikmati percutian mewah di atas kapal Star Cruises SuperStar Libra.
JUNIOR Suite khusus kepada pelancong yang membawa keluarga berpeluang untuk menikmati percutian mewah di atas kapal Star Cruises SuperStar Libra.
STARDUST tempat pelancong menyaksikan persembahan silap mata dan tarian gala ‘One In A Million’ di atas kapal Star Cruises SuperStar Libra.
STARDUST tempat pelancong menyaksikan persembahan silap mata dan tarian gala ‘One In A Million’ di atas kapal Star Cruises SuperStar Libra.
KAPAL Star Cruises SuperStar Libra menjanjikan percutian yang mewah kepada pelancong dengan perkhidmatan terbaik daripada anak kapal.
KAPAL Star Cruises SuperStar Libra menjanjikan percutian yang mewah kepada pelancong dengan perkhidmatan terbaik daripada anak kapal.
Hadzlihady Hassan


Usai kaki melangkah ke perut kapal, bahang kemewahan sudah terasa. Saat beratur sebelum masuk ke kapal di Jeti Swettenham, Georgetown, tetamu sudah dihidangkan dengan alunan muzik dan nyanyian tiga pemuzik bagi menghilangkan bosan ketika menunggu penumpang mendaftar masuk dan menjalani imbasan beg.

Itu dirasai penulis yang menerima jemputan daripada Star Cruises Superstar Libra untuk mengikuti pengalaman berlayar dari Pulau Pinang ke Krabi dan Phuket, Thailand selama empat hari tiga malam, baru-baru ini.

Berpakaian ala Hawaii, petikan gitar dan nyanyian tiga pemuzik terbabit menyambut ribuan tetamu yang mahu menikmati percutian dan keseronokan sepanjang berada dalam kapal mewah itu.

Itu hanya permulaan. Penumpang dan penulis yang berlegar di luar sudah dapat menghidu ‘kehangatan’ yang bakal disajikan ketika berada di dalam kapal.

Telahan itu ternyata tepat kerana sejurus masuk, penumpang disapa dan disambut dengan senyuman manis anak kapal pelbagai bangsa dan negara.

Biarpun perjalanan mengambil masa panjang, anda tidak perlu bimbang ketika berada di dalam kapal yang mempunyai 10 tingkat itu kerana pelbagai acara dan program sudah diatur.

Antaranya, pertunjukan ahli silap mata Fabien Solaz dari Perancis bersama kumpulannya Alain Dupont pasti memukau pengunjung yang mahu melihat persembahan itu secara langsung.

Selain itu, persembahan tarian gala ‘One In A Million’ pasti akan membuat pengunjung terpaku di tempat duduk melihat kelincahan penari beraksi.

Tidak cukup dengan itu, pelayaran bersama Superstar Libra ternyata berbaloi kerana makanan dihidangkan sangat lazat hasil air tangan chef anak tempatan dan luar negara.

Semalaman berada di atas kapal, tiba masa untuk mendarat dan destinasi pertama ialah Krabi. Penumpang bebas melakukan sebarang aktiviti sama ada membeli-belah atau melawat pulau cantik di kawasan itu.

Aktiviti seterusnya ialah makan malam gala di atas kapal dan ketika ini pengunjung dapat merasai pelbagai makanan lazat yang disediakan. Buat orang Islam, anda tidak perlu ragu kerana Superstar Libra turut menyediakan makanan halal.

Pada hari ketiga, kami menuju ke Phuket dan kali ini pengunjung berpeluang melawat pelbagai tempat menarik di situ selain membeli-belah ketika malam dan menikmati pelbagai makanan tempatan.

Kapal seberat 42,285 tan dengan panjang 216.3 meter dan lebar 32.64 meter itu mempunyai 718 bilik penginapan pelbagai kategori termasuk suite eksekutif, ‘ocean view’, keluarga dan khas untuk orang kurang upaya (OKU).

Kapal mewah ini mampu membawa sehingga 1,436 penumpang.

Superstar Libra juga dilengkapi pelbagai pakej dan kemudahan. Terdapat lapan restoran pilihan iaitu Blue Lagoon, Coconut Willy’ s, Restoran Spices, Mariners Buffet, Pool Bar, Restoran Four Seasons, Ocean Palace dan Restoran Taipan yang menyediakan menu dari barat dan Asia.

Terdapat juga kawasan riadah dan aktiviti di Sun Deck, gimnasium, salun, kedai bebas cukai, lounge, karaoke, pusat hiburan, butik pakaian dan beg.

Bagi menikmati pelayaran di waktu malam, terdapat persembahan pentas cukup menakjubkan selain kolam renang serta dua tab air panas.

Maklumat lanjut boleh layari laman web www.starcruises.com.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 12:15 PM