PEGAWAI Medan Ops Tohoi, Inspektor Harris Turung (dua dari kanan) melihat kembali tempat murid yang hilang ditemui.
PEGAWAI Medan Ops Tohoi, Inspektor Harris Turung (dua dari kanan) melihat kembali tempat murid yang hilang ditemui.
Maiamalina Mohamed Amin

Gua Musang: Pada tanggal ini, sekitar jam 5 petang tahun lalu, sekumpulan anggota mencari dan menyelamat (SAR) baru pulang daripada meneroka Hutan Simpan Balah manakala beberapa orang daripada mereka sedang berehat melepaskan lelah.

Semua berkumpul di penempatan sementara yang wujud lebih sebulan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, di sini, susulan kes kehilangan tujuh murid Orang Asli sekolah berkenaan sejak 23 Ogos 2015.

Tempat itu pun sudah tidak lagi menyerupai sekolah, sebaliknya lebih kepada markas operasi untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA), selain badan beruniform lain.

Ada 300 pegawai dan anggota penyelamat pelbagai agensi terbabit misi mencari dan menyelamat (SAR) itu dengan kekuatan aset yang berganda memandangkan kehilangan murid sudah berlarutan lebih 40 hari.

Selepas tiada petunjuk konkrit sepanjang tempoh itu, keajaiban terbit pada hari ke-47 kehilangan apabila ada penduduk yang juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) melihat objek menyerupai mayat terselit di celah batu dekat tebing Sungai Perias, 400 meter dari Pos Tohoi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2016 @ 5:50 AM