KENDERAAN anggota pasukan penyelamat tersangkut di kawasan lumpur dalam perjalanan ke Pos Gawin. Gambar kecil, wartawan Harian Metro bersama Amid  di Pos Gawin.
KENDERAAN anggota pasukan penyelamat tersangkut di kawasan lumpur dalam perjalanan ke Pos Gawin. Gambar kecil, wartawan Harian Metro bersama Amid di Pos Gawin.
Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Gua Musang: “Siapa yang tidak sayang anak? Kerana sayanglah kami larang mereka masuk ke hutan sendirian,” kata Amid Setio, 60, warga emas Orang Asli di Pos Gawin, di sini.

Beliau ditemui penulis kelmarin ketika mengikut pasukan keselamatan ke Hutan Rizab Balah, di sini, bagi mengesan jejak tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang hilang sejak 23 Ogos lalu.

Murid berkenaan Mirsudiar Aluj, 11, Noreen Yaakob, 10, Ika Ayel, 9, Sasa Sobrie, 8, Haikal, 8, Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, sebelum itu melarikan diri dari asrama sekolah kerana bimbang dimarahi guru selepas mandi sungai.

Dua daripada murid itu, Mirsudiar dan Sasa berasal dari Pos Gawin serta dipercayai melarikan diri untuk pulang ke rumah mereka yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Pos Tohoi.

Menurut Amid yang juga jiran sekampung dengan keluarga Mirsudiar dan Sasa, masyarakatnya jarang membiarkan anak mereka yang masih kanak-kanak bermain di dalam hutan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2015 @ 7:25 AM