IBU kepada Koperal Mohd Faizol Rosli, Khozimah Che Mai, 52 tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu di bilik mayat Hospital Seberang Jaya(HSJ). Mayat Mohd Faizol ditemui dalam jarak 30 meter dari Pulau Perak, Kedah. FOTO Amir Irsyad Omar

Shamsul Munir Safini

Seberang Jaya: Jenazah Korperal Mohd Faizol Rosli, 29, yang ditemui pasukan penyelam dari Pasukan Khas Laut (PASKAL) tiba di Bilik Mayat Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi tujuan bedah siasat jam 1.45 petang tadi.

Jenazah arwah Mohd Faizol dibawa dengan van jenazah tentera sambil diiringi ahli keluarganya.

Mayat ditemui dalam jarak 30 meter dari Pulau Perak, dan dihantar ke KD Mahawangsa sebelum dibawa ke PU Butterworth dengan pesawat Fennexc.

Pegawai serta anggota tentera dilihat memenuhi kawasan bilik mayat HSJ termasuk saudara terdekat arwah.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat seorang lagi anggota, Koperal Johbartlee Kanil, 32, masih diteruskan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 4:25 PM