MANGSA terjatuh pada ketinggian 15 meter. FOTO ihsan Bomba
MANGSA terjatuh pada ketinggian 15 meter. FOTO ihsan Bomba
Faliq Lajim


Kuala Lumpur: Lelaki maut selepas terjatuh pada ketinggian 15 meter di Bukit Tabur, Ampang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa Goh Cheng Teik, 49, berasal dari Klang maut di tempat kejadian akibat pendarahan di kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.15 pagi dan tiba kira-kira 30 minit kemudian.

"Seramai tujuh anggota dari BBP Ampang dikerah ke lokasi untuk tujuan menyelamat," katanya.

Menurutnya, lelaki itu ditemui pada 11.50 pagi.

Mangsa difahamkan sedang melakukan aktiviti riadah sebelum dipercayai tergelincir dan jatuh ketika dalam perjalanan menuruni bukit berkenaan.

Ketika kejadian berlaku mangsa dikatakan mendaki bersama isteri dan seorang lagi rakannya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 4:15 PM