15 kes tangkapan Lanun Bakau dicatat sejak Januari 2016.
15 kes tangkapan Lanun Bakau dicatat sejak Januari 2016.
Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Sebanyak 15 kes tangkapan atau rampasan membabitkan kumpulan Lanun Bakau dilakukan pihak berkuasa sejak Januari 2016 hingga Jun lalu.

Mereka dikenal pasti menjadikan kawasan hutan paya laut terutama di negeri Selangor berkeluasan 18,998 hektar sebagai lokasi tumpuan kegiatan mencuri kayu bakau.

Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) Datuk Seri Abd Rahman Abd Rahim berkata, pihaknya serius membenteras kegiatan jenayah curi kayu bakau itu melalui operasi dilakukan dengan bantuan agensi penguatkuasa lain.

“Manakala bagi tahun 2015, pihak JPSM merekodkan sebanyak 14 kes rampasan dan tangkapan individu yang dipercayai menceroboh hutan simpan kekal bagi tujuan menebang dan mencuri kayu bakau.

“Selain negeri Selangor, kawasan hutan paya di negeri Perak dan Johor turut merekodkan jumlah tangkapan yang tinggi,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Oktober 2016 @ 5:30 AM