PENGUNJUNG dan pekerja kelab diperiksa  polis untuk proses dokumentasi.
PENGUNJUNG dan pekerja kelab diperiksa polis untuk proses dokumentasi.

Kuala Lumpur: Simpan pelacur di asrama khas dan hanya akan dipanggil keluar apabila mendapat tempahan pelanggan yang mahukan perkhidmatan urut seks.

Itu antara taktik diguna pakai sindiket pelacuran bagi mengelak ‘anak ayam’ mereka ditahan polis seperti kerap berlaku sebelum ini.

Asrama khas itu dikawal rapi sindiket termasuk memasang berpuluh-puluh kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak aktiviti persundalan itu dihidu.

Bagaimanapun tindakan licik sindiket berjaya dibongkar Skuad Taktikal Anti Maksiat, Perjudian dan Gangterisme (STAGG) Bukit Aman hasil operasi serentak di tiga daerah di Lembah Klang bermula jam 7.30 malam kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Khairy Ahrasa berkata, pihaknya memeriksa 10 premis rumah urut dan pusat hiburan di Kajang, Klang dan Brickfields di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2016 @ 8:12 AM