KOMPUTER lengkap dengan perisian judi dirampas dalam serbuan di Subang Jaya, semalam.
KOMPUTER lengkap dengan perisian judi dirampas dalam serbuan di Subang Jaya, semalam.
Oleh Mohd Fadly Samsudin

Subang Jaya: Pintu kelihatan berkunci seakan-akan tidak berpenghuni selain turut ditampal iklan untuk disewa.

Namun, itu adalah taktik digunakan satu sindiket perjudian Internet di Jalan SS15/4 di sini, untuk mengaburi kegiatan.

Premis itu yang menjadi ‘syurga’ kaki judi bagaimanapun diserbu sepasukan polis Skuad Taktikal Khas Antimaksiat Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman jam 9.50 pagi semalam.

Serbuan diketuai Deputi Superintendan Hussin Mat Junus itu berjaya menahan seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai penjaga premis judi itu.

Turut diberkas seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai pemilik premis itu.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, hasil pemeriksaan di dalam premis itu menemui 18 unit komputer bersama wang tunai berjumlah RM4,136.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 10:13 AM