Hamzah Osman


Langkawi: Empat ratus peserta menyertai Kayuhan Patriotik ‘Merdeka Fun Ride 2016’ di pekarangan Pejabat Daerah Langkawi (PDL), di sini, hari ini.

PDL juga adalah lokasi terakhir daripada 14 venue yang dipilih bagi program itu di seluruh negara.

Acara dibahagikan kepada dua kategori, VIP dan awam anjuran Biro Tatanegara (BTN).

Acara mendapat kerjasama Kelab Gerek Taman Wawasan Indah (TWI), PDL, Lembaga Pembangunan Langkawi(LADA).

Pelepasan peserta disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid Ramli dan turut dihadiri ADUN Kuah, Nor Saidi Nanyan; Ketua Pengarah BTN, Datuk Ibrahim Saad dan Pegawai Daerah Langkawi, Isahak Murat.

Tidak ketinggalan turut diadakan senamrobik dan program menderma darah serta cabutan bertuah.

Pengerusi Kelab Gerek TWI, Jeffery Ramli berkata, acara kayuhan sejauh 20 kilometer itu bermula dari pekarangan PDL sebelum melalui Jalan Kampung Belanga Pechahdan pusing balik ke lokasi permulaan.

"Program di Langkawi ini adalah lokasi terakhir daripada 14 venue di seluruh negara yang dipillih sebagai tuan rumah program sama yang bermula di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor 18 Ogos lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 September 2016 @ 10:37 AM