Atikah serah kepada pengurusan untuk selesaikan.FOTO Sudirman Mohd Tahir/VIDEO Najiy Jefri
Atikah serah kepada pengurusan untuk selesaikan.FOTO Sudirman Mohd Tahir/VIDEO Najiy Jefri
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: "Itu bukan saya! Saya tak sanggup melihat gambar itu."

Itu jawab pelakon kontroversi Atikah Suhaime, 25, mengenai penyebaran gambar bogel yang dikatakan miripnya dan seorang lagi pelakon, Idris Khan.

Atikah yang sebelum ini enggan memberikan sebarang kenyataan kepada media sejak gambar itu tersebar di Internet minggu lalu dikerumuni wartawan selepas dia hadir di majlis tayangan filem lakonannya di sini, hari ini.

Atikah berkata, ketika isu ini dibangkitkan kali pertama tahun lalu dia tidak pernah mengaku gambar itu adalah dirinya.

€œApabila gambar ini tersebar, ibu saya ada melihatnya dan dia meminta saya banyak bersabar.

"Saya sendiri tidak sanggup dan belum melihat gambar itu. Jadi, saya menafikan itu adalah saya," katanya.

Menurut pelakon Singapura ini, buat masa sekarang dia belum bersedia untuk mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Atikah juga enggan mengulas ketika ditanya sama ada dia sudah membuat laporan polis atau tidak.

"Untuk tindakan lanjut, saya tiada kuasa untuk bercakap lebih. Saya serahkan kepada pihak pengurusan," katanya.

Menurut Atikah, sejak gambar itu tersebar dia sedaya-upaya untuk tidak berhubung dengan Idris.

"Perkara ini sangat sensitif. Jadi, lebih baik kami tidak berhubung. Apa pun tindakannya selepas ini, terpulang kepada dia. Untuk saya, pihak pengurusan yang akan selesaikan," katanya.

Difahamkan gambar itu diambil pada tahun lalu dan turut mengaitkan seorang lagi pelakon iaitu Ammar Alfian, namun mereka menafikannya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 September 2016 @ 10:52 PM