SETIAP wanita pasti mahu tampil cantik menawan.
SETIAP wanita pasti mahu tampil cantik menawan.
SETIAP wanita pasti mahu tampil cantik menawan.
SETIAP wanita pasti mahu tampil cantik menawan.
SETIAP wanita pasti mahu tampil cantik menawan.
SETIAP wanita pasti mahu tampil cantik menawan.
SETIAP wanita pasti mahu tampil cantik menawan.
SETIAP wanita pasti mahu tampil cantik menawan.
Siti Nadirah Hafidzin


Tanpa mengira jenis tubuh, warna kulit mahupun personaliti setiap wanita pastinya mengimpikan gaya yang menawan ditambah dengan padanan fesyen sesuai bagi menyerlahkan penampilan.

Namun, tidak dapat dinafikan saiz tubuh dan faktor ketinggian menyebabkan ramai wanita bertubuh comel atau berisi sukar mendapatkan gaya yang diinginkan sekali gus mengurangkan keyakinan diri ketika berdepan khalayak ramai.

Walaupun terdapat lambakan pakaian di pasaran khusus untuk wanita bersaiz comel atau berisi, hakikat yang sukar disangkal ialah kesukaran mendapatkan padanan pakaian yang sesuai dan selesa.

Ada wanita yang kurang yakin untuk berfesyen kerana bimbang dengan persepsi individu sekeliling selain takut pakaian yang digayakan itu tidak sesuai dengan diri.

Namun, setiap wanita tanpa mengira saiz tubuh atau warna kulit mempunyai hak untuk berfesyen dan kelihatan cantik. Gayakanlah apa juga pakaian atau fesyen digemari, keyakinan diri perkara paling penting kerana ia mampu menyerlahkan penampilan walaupun anda tidak memiliki tubuh langsing persis model.

Berikut beberapa panduan mudah untuk wanita bersaiz comel bergaya:

1. Pilih baju sesuai mengikut badan

Jangan pilih baju yang terlalu longgar atau ketat. Cuba terlebih dulu baju yang ingin dibeli kerana baju terlalu longgar menampakkan badan anda menggeleber dan lebih besar manakala baju terlalu ketat menyebabkan segala kelemahan pada tubuh badan lebih terserlah sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa.

2. Pilih warna terang

Warna menjadi elemen penting dalam pemakaian untuk mengalihkan mata individu sekeliling terhadap pakaian yang digayakan berbanding badan anda. Menurut pemerhatian fesyen antarabangsa, ramai wanita berbadan comel mengenakan warna terang untuk memberikan sedikit impak diinginkan.

3. Pilih aksesori halus

Aksesori memang sinonim dengan wanita, tidak kira apa juga trend yang menjadi pilihan. Sebaiknya pilih barang kemas atau aksesori halus seperti rantai atau loket kecil. Elak memakai perhiasan lebih besar sekiranya anda mempunyai badan bersaiz XL atau XXL kerana ia membuat bahagian atas badan kelihatan lebih lebar.

4. Gunakan tali pinggang atau pengikat di bahagian pinggang

Memakai tali pinggang untuk menyerlahkan lekuk pinggang anda sedikit sebanyak dapat membantu menimbulkan kesan lebih kecil. Pemilihan baju yang mempunyai tali pinggang atau pengikat di bahagian pinggang membantu anda tampil lebih langsing. Elak memakai baju yang mempunyai bukaan leher yang besar.

5. Pakai kasut bertumit

Memakai kasut bertumit juga boleh menyebabkan badan menjadi lebih seksi dan tinggi. Ia mengalihkan perhatian daripada garis dada yang besar. Pilih kasut bertumit, tidak kira berapa inci pun tingginya, apa yang penting ia mestilah selesa dan sesuai dengan gaya anda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 September 2016 @ 4:59 AM