FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Satu tiang lampu hiasan tumbang di Jalan Pudu di hadapan sebuah hotel kira-kira jam 7.40 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, akibat hujan lebat kira-kira jam 6.05 pagi di sekitar ibu kota, beberapa kawasan terjejas dan mengalami banjir kilat.

Katanya, pihaknya turut menerima satu kes membabitkan tiang lampu hiasan tumbang bagaimanapun kejadian itu tidak mengakibatkan kecederaan kepada orang awam.

“€œBermula jam 7.40 pagi, Bilik Gerakan Jabatan Penguatkuasaan menerima maklumat mengenai kejadian banjir kilat di tujuh kawasan di ibu kota.

“€œTujuh kawasan di ibu kota yang terjejas adalah Jalan Segambut, Lorong Kelapa Muda, Kampung Segambut, Jalan Raja Chulan, Taman Wahyu menghala Bulatan Batu Caves, Batu Muda Tambahan, Jalan Maharajalela berdekatan stesen monorel, persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tun Sambathan,”€ katanya.

Bagaimanapun, keadaan sudah terkawal sekarang dan pihaknya sedang membuat pemantauan di sekitar Jalan Pantai Baru berdekatan Universiti Malaya dan Segambut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 September 2016 @ 11:21 AM