SURA
SURA
Sudirman Mohd Tahir


Sepanjang empat tahun pembabitannya dalam bidang lakonan, nama Sura Sojangi masih dipandang sepi. Malah dalam kalangan peminat pasti ramai tertanya-tanya siapa gerangan pemilik nama ini?

Namun Sura atau nama sebenarnya Maisurah Sojangi, 26, perlu rasa bangga apabila lakonannya menerusi drama Mr Tanda Soal yang disiarkan di TV3 baru-baru ini mencuri perhatian aktres hebat Fauziah Ahmad Daud.

Disebabkan itu Fauziah atau Ogy berkongsi di laman sosial miliknya dia menyukai lakonan Sura yang dilihat jujur dan ‘bernyawa’.

Bagi Sura itu adalah penghargaan tertinggi buatnya apatah lagi pujian datang daripada bintang tersohor negara yang sememangnya diketahui kredibiliti lakonannya.

“Sepanjang pembabitan dalam industri seni ini adalah pujian yang ‘mahal’ saya pernah dapat daripada legenda tanah air kita. Memang tak sangka Kak Ogy menonton lakonan saya dalam Mr Tanda Soal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 September 2016 @ 7:55 AM