U Mobile

SESIAPA pun mesti suka tengok video menggunakan telefon pintar.

Kadang-kadang terpaksa juga beri telefon kepada anak-anak untuk mereka tonton kartun kegemaran di Youtube.

Kami ada berita baik untuk anda terutamanya pengguna U Mobile.

Syarikat telco itu baru saja umumkan yang pelanggannya boleh menikmati penstriman video tanpa had, 24 jam setiap hari secara percuma untuk tiga lagi rangkaian terbaru!

Perkhidmatan itu ditawarkan menerusi Video-Onz™ bagi menonton video di Netflix, Facebook dan Twitter.

Sebelum ini, Video-Onz™ ada 18 rangkaian yang membolehkan anda tonton video percuma seperti YouTube, dailymotion, iflix, Astro on the GO dan Tonton.

Maksudnya, selepas Netflix, Facebook dan Twitter sertai Video-Onz™, ada 21 rangkaian yang menyertai perkhidmatan ini hanya selepas empat bulan ia dilancarkan!

Lepas ni tiada lagi alasan untuk anda bersosial sepuas-puasnya di mana saja sama ada nak tengok drama bersiri di Netflix ataupun nak muat naik video, strim video dan saksikan siaran langsung di Facebook Live.

Nak muat naik video di Twitter pun tak payah fikir banyak.

Jadi lepas ni memang takkan terlepas acara-acara besar dan best yang dipancarkan secara langsung menerusi Facebook. Dah ada Video-Onz™, memang puas hati lah!

Memang dah tak risau lagi pasal data internet habis ke apa. Mana taknya, kadang-kadang tu nampak video menarik terpaksa fikir banyak kali nak tekan butang 'play' sebab tak mahu kehabisan data.

Untuk pelanggan pakej pelan Hero P98, i130, Ultimate Device Plan 130 dan MB 128 ianya ditawarkan percuma.

Bagi pelanggan pascabayar, prabayar dan jalur lebar pula, jangan risau sebab akan akan dapat data tambahan percuma untuk Video-Onz™.

Tunggu apa apa lagi, daftarlah dengan U Mobile supaya anda tidak terlepas peluang tonton video di mana-mana saja menerusi telefon pintar!

Untuk maklumat lanjut, layari http://bit.ly/2cm5yAa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2016 @ 5:28 PM