KETUA pegawai pemasaran U Mobile, Jasmine Lee (lima kiri) bersama tetamu khas lain pada majlis pelancaran U Mobile Video-Onz. FOTO Amirudin Sahib
KETUA pegawai pemasaran U Mobile, Jasmine Lee (lima kiri) bersama tetamu khas lain pada majlis pelancaran U Mobile Video-Onz. FOTO Amirudin Sahib
Afiq Hanif


Kuala Lumpur: Syarikat telekomunikasi, U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) melancarkan perkhidmatan Video-Onz yang menawarkan strim video 24 jam secara percuma.

Perkhidmatan ini ditawarkan pada pelanggan pelan P70, i90, dan i130 yang akan menerima khidmat penstriman tanpa had tanpa menjejaskan kuota data mereka.

Bagi pelanggan pelan pascabayar lain pula, mereka akan menerima bonus data Video-Onz.

Manakala kepada pelanggan prabayar, mereka akan menerima bonus sekali ganda daripada kuota yang dilanggan. Contohnya pelanggan UMI 30 yang melanggan data sebanyak 1.5GB data akan menerima 1.5GB data khas untuk Video-Onz.

Perkhidmatan ini membolehkan strim video daripada YouTube, HyppTV Everywhere, Viu, iflix, Youku Tudou, Astro on the Go, Tonton, ErosNow, Herotalkies, OnFM dan Pocketimes.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2016 @ 7:03 PM