Nurshafika Suhaimi

Memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi di zaman mencabar ini yang memerlukan usaha keras serta komitmen yang tinggi.

Sejak dari dalam kandungan sehingga membesar, tugas ibu bapa tidak pernah terhenti dalam memastikan anak membesar dengan sihat dan ceria. 

Peranan ibu bapa bukan sekadar menjaga dan mendidik, namun perlu seiring merangkumi setiap sudut keperluan termasuk fizikal, emosi, intelek, spiritual dan perlindungan.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu menjadi contoh yang terbaik kerana kelakuan, sifat dan perwatakan banyak mempengaruhi anak-anak dan bakal memberi kesan yang mendalam kepada kehidupan anak-anak.

Antara usaha yang boleh ibu bapa lakukan demi memastikan anak membesar dalam keadaan sihat dan baik adalah dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dan seimbang serta kerap melakukan aktiviti fizikal serta beriadah bersama. 

Dengan cara ini, ia bukan hanya dapat meningkatkan tahap kesihatan fizikal malah dapat mendorong penjagaan kesihatan mental yang optimum. 

Perkembangan emosi, sosial dan tingkah laku anak-anak juga berhubung kait dan mempengaruhi satu sama lain. Maka, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah mereka.

Salah satu caranya adalah dengan memupuk rasa kehidupan yang lebih bertujuan dan bermakna dikalangan anak-anak dengan menggalakkan penyertaan sosial dan kemasyarakatan seperti menjadi sukarelawan adalah cara yang baik untuk mencapai hasil jangka panjang yang positif. 

Selain daripada itu, ibu bapa juga bertanggungjawab menyediakan perlindungan kewangan yang secukupnya untuk anak-anak. Ini termasuk mendapatkan perlindungan insurans mahupun takaful seawal usia dalam kandungan bagi memastikan masa depan mereka kekal terjamin.

Lebih-lebih lagi saat berhadapan pasca pandemik ini pasti menimbulkan kebimbangan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak terutamanya yang masih kecil.

Ibu bapa juga harus tahu manfaat yang ditawarkan sekiranya berminat untuk mendapatkan perlindungan insurans atau takaful untuk anak-anak dan antara yang disyorkan adalah produk di bawah Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh AIA Malaysia.

Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh AIA untuk Ibu Bapa dan Anak Tersayang!

ImageAIA Malaysia menyediakan ekosistem kesihatan dan kesejahteraan komprehensif untuk membantu keluarga hidup lebih sihat, berpanjangan dan bermakna. 

Ekosistem Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh (Total Health Solution - THS) AIA memberi fokus kepada tiga tunggak utama iaitu Hidup Sebaiknya (Live Well), Lindungi Sebaiknya (Protect Well) dan Pulih Sebaiknya (Get Well).

Ekosistem THS ini juga seiring dengan kempen terbaharu AIA Malaysia iaitu "Anakku Sihat, Negaraku Hebat" yang  dilancarkan bagi memastikan para ibu bapa menikmati ketenangan fikiran apabila mengetahui bahawa anak-anak mereka mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan dan perlindungan yang berkualiti sepanjang fasa tumbesaran kritikal, lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini.

Bagi pasangan yang bakal menimang cahaya mata mahupun yang baru bergelar ibu bapa, perlindungan takaful atau insurans adalah antara keperluan utama yang perlu anda teliti sebaiknya untuk jaminan pada masa hadapan. 

Malah, bagi ibu bapa yang memiliki anak yang berusia bawah lima tahun, inilah masa yang sesuai untuk memikirkan soal perlindungan untuk si kecil.

ImageProduk inovatif yang melindungi anak sejak dari dalam kandungan sehingga membesar, A-Life Ikhtiar Child Solution merupakan sebuah pelan takaful yang fleksibel dan sesuai untuk ibu bapa yang ingin menyertai skim Takaful Keluarga.

Pelan ini bukan sahaja menyediakan perlindungan komprehensif serta peluang simpanan untuk anak (all in one plan), tetapi juga didatangkan dengan pelbagai pilihan rider patuh syariah yang memberikan ibu bapa ketenangan dan jaminan keselamatan dalam perjalanan membesarkan anak-anak.

Selain ciri pelan yang fleksibel, ia juga melindungi anak anda daripada penyakit kuning neonatal, 19 keadaan kongenital, masalah tumbesaran serta melindungi si ibu terhadap komplikasi kehamilan seawal 13 minggu sehingga kelahiran.

Lebih istimewa lagi, ini merupakan pelan pertama di pasaran yang membayar balik kos rawatan dan caj hospital sekiranya bayi anda dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Unit Rawatan Separa Rapi (HDU) dalam tempoh 30 hari pertama kelahiran.

Bukan itu sahaja, pelan ini hadir dengan ciri unik AIA, iaitu Vitaliy Joy Wallet yang memberi ganjaran kepada anak anda apabila anda kekal sihat menerusi program AIA Vitality. 

Secara ringkasnya, manfaat Vitality Joy Wallet ini menggalakkan ibu bapa untuk menitikberatkan aspek kesihatan sambil menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak, di samping menikmati pelbagai ganjaran seperti pemeriksaan gigi dan mata untuk si kecil.

AIA juga menawarkan pelan A-Life Joy Xtra yang direka khas buat ibu bapa yang lebih cenderung memilih pelan insurans konvensional. 

Pelan berkaitan pelaburan ini juga didatangkan dengan pilihan-pilihan rider yang menyediakan ciri-ciri serta manfaat yang serupa dengan A-Life Ikhtiar Child Solution.

Tawaran Istimewa Lain Di Bawah Kempen "Anakku Sihat Negaraku Hebat"

1. Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 untuk Kanak-kanak dan Ibu Hamil 

Memahami kebimbangan rakyat Malaysia ketika musim pandemik ini terutamanya mereka yang bergelar ibu bapa, AIA Malaysia tampil untuk membantu golongan rentan yang semakin terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19 iaitu kanak-kanak serta ibu hamil dengan menawarkan Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 Percuma.

Kanak-kanak (17 tahun dan ke bawah) serta ibu hamil akan menerima Perlindungan Pendapatan Hospital sehingga RM150 setiap hari sehingga maksimum 14 hari sekiranya disahkan positif COVID-19 dan memerlukan kemasukan hospital.

Perlindungan percuma ini tersedia sehingga 31 Disember 2021 dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Ibu bapa yang berminat boleh mendaftar sebelum 31 Oktober 2021 melalui pautan ini

2. Nikmati Kadar Istimewa Oleh Rakan Penjagaan Kesihatan AIA

Dalam pada itu, bagi menghargai pelanggan setianya, AIA Malaysia dengan kerjasama pihak hospital dan pengendali penjagaan kesihatan panelnya menawarkan beberapa kadar dan hak istimewa seperti penjimatan sehingga RM1,200 untuk pakej bersalin.

Selain itu AIA juga menawarkan potongan sehingga 15 peratus untuk vaksinasi kanak-kanak seperti BCG, cacar air (chickenpox) dan pneumococcal serta potongan sehingga 35 peratus bagi lawatan ke rumah selepas bersalin oleh jururawat atau ahli fisioterapi.

3. Webinar & Kelas Antenatal Eksklusif Percuma

Inisiatif lain yang dianjurkan oleh AIA dibawah kempen tersebut juga termasuk siri webinar dan kelas antenatal percuma yang terbuka untuk penyertaan orang ramai.

Kelas antenatal eksklusif dengan kerjasama Hospital Pantai Kuala Lumpur akan berlangsung setiap bulan sehingga Disember 2021, pada hari Sabtu dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari. Untuk pendaftaran kelas antenatal, layari pautan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen 'Anakku Sihat, Negaraku Hebat', pelan kanak-kanak serta tawaran terbaru dari AIA Malaysia, sila layari www.aia.com.my/anakkuhebat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Oktober 2021 @ 8:59 AM