Nordin menunjukkan produk keluaran Kumpulan Al-Ulum
Nordin menunjukkan produk keluaran Kumpulan Al-Ulum
Oleh Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Koperasi Al-Ulum Pantai Remis Berhad (KAUPRB) bersedia memberi khidmat nasihat perniagaan bagi sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan terutama dengan menjual produk Al-Ulum.

Pengurus Besar Kumpulan Al-Ulum, Nordin Said berkata, khidmat nasihat perniagaan itu adalah secara percuma dan turut terbuka untuk usahawan yang ingin membuat pengeluaran produk tulen (OEM).

Katanya, selain memantapkan lagi pemasaran di seluruh Malaysia melalui pelantikan pengedar negeri dan stokis, pihaknya juga bersedia meneroka pasaran luar negara menjelang tahun depan.

"Kami mempunyai beberapa jaringan terutama di Mauritius, Belgium, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Brunei, Thailand dan Indonesia.

"Disebabkan itu kami optimis dan bersedia mencapai sasaran jualan RM20 juta bagi pasaran luar negara.

"Antara produk Al-Ulum yang akan dibawa ke pasaran sana ialah kopi, sabun mandian, pencuci pakaian, bedak, deodoran, madu asli Tualang, mi segera dan malt coklat," katanya kepada Bisnes Metro.

Nordin berkata, pihaknya turut menganjurkan kempen harga dari kilang sehingga 31 Disember 2021 dan terbuka kepada sesiapa yang mahu berniaga pada harga borong.

Menurutnya, kempen ini juga bagi menggalakkan orang ramai untuk menceburi perniagaan dengan mudah selain mendapat margin keuntungan lebih besar kerana produk dibeli pada harga kilang.

"Selain itu, kami akan terus beri tumpuan segmen pasaran dalam talian, sekali gus membantu pengedar negeri dan stokis Al-Ulum meningkatkan jualan mereka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut produk mesra ummah Al-Ulum boleh melayari, www.al-ulum.com atau hubungi 0137685023, 0192877274 (WhatsApp)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 September 2021 @ 11:10 AM