GOMEZ (tengah) pacu Johor DT raih kemenangan hatrik.
GOMEZ (tengah) pacu Johor DT raih kemenangan hatrik.
Rizar Mohd Noor


Johor Bahru: Jurulatih Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Raul Longhi menyifatkan ketua pengendali Mario Gomez memiliki sentuhan ajaib sepanjang membimbing skuad Harimau Selatan hingga berjaya melakar sejarah dengan menjuarai Liga Super tiga kali berturut-turut.

Malah, beliau yang hadir pada sidang media bagi menggantikan Gomez yang terpaksa berehat akibat mengalami kesakitan kerana kemalangan kecil baru-baru ini turut kagum dengan usaha dan perubahan yang dilakukan pemilik Johor DT Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Katanya, kesungguhan Tunku Ismail merancang untuk membentuk pasukan mantap selain mewujudkan kemudahan bertaraf dunia sambil dibantu Gomez yang memiliki kepakaran merencana taktikal ampuh berjaya menghasilkan kejayaan membanggakan.

“Terima kasih kepada Tunku Ismail yang memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kejurulatihan Johor DT dan saya juga bangga dengan kesungguhan setiap pemain yang memainkan peranan sehingga kita berjaya.

“Semangat kekeluargaan yang sudah lama wujud dalam pasukan menjadi faktor utama kepada kejayaan mencipta sejarah merangkul Liga Super tiga musim berturut-turut,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2016 @ 5:17 AM