ABDUL Gafar menujukkan gambar imbasan badan warga Afrika Selatan yang mengandungi 60 kapsul disyaki dadah jenis kokain. FOTO Ramdzan Masiam
ABDUL Gafar menujukkan gambar imbasan badan warga Afrika Selatan yang mengandungi 60 kapsul disyaki dadah jenis kokain. FOTO Ramdzan Masiam
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Lelaki warga Afrika Selatan ditahan polis selepas menelan 60 kapsul dadah jenis kokain bernilai RM267,300 ketika ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang(LTAPP), Sabtu lalu.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu suspek, 30-an, baru tiba dari Singapura.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukan ketika suspek tiba, dia dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan awal tiada apa-apa kesalahan dilakukan suspek termasuk bagasi dan beg sandang yang dibawa.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut dan hasil ujian imbasan X mendapati 60 kapsul ditemui di dalam perut suspek.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kapsul itu dadah jenis kokain yang dipercayai cuba dieksport ke Thailand.

"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya1952 dan suspek kini ditahan reman tujuh hari untuk siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 11:34 AM