ANTARA program menarik diadakan ketika kempen di PPR Sri Stulang Johor Bahru, baru-baru ini.
ANTARA program menarik diadakan ketika kempen di PPR Sri Stulang Johor Bahru, baru-baru ini.

Kempen roadshow Keluarga Sihat & Ceria bersama Nestle EVERYDAY mengunjung komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Kempen bermula April lalu itu menyasarkan 100 lokasi di seluruh negara dengan tujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengambilan susu menerusi diet yang berkhasiat dan seimbang kepada seluruh ahli keluarga.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan termasuk stesen permainan Max Nutre, aktiviti sukaneka serta aktiviti mewarna untuk kanak-kanak.

Ceramah nutrisi juga disertakan dalam program satu hari itu bagi membina kesedaran mengenai kepentingan pengambilan susu untuk membina keluarga yang sihat dan ceria bersama susu berkhasiat ini yang membantu pembesaran dan perkembangan kanak-kanak dan dewasa.

Susu itu diperkaya dengan Max Nutre, kombinasi pintar nutrien untuk membina otot lebih kuat, penglihatan dan kepekaan yang tinggi.

Kempen terbabit menghulurkan sokongan dan keprihatinan melalui perkongsian pengetahuan dengan komuniti di PPR itu. Ia turut membantu memupuk keluarga rakyat Malaysia yang lebih kuat dan sihat menerusi pembentukan kempen kekeluargaan terbabit.

Makanan kegemaran tempatan seperti nasi lemak, nasi ayam, roti canai dan mi kari ialah diet kebiasaan rakyat Malaysia namun ia tidak dapat memberikan sepenuhnya keperluan nutrisi harian yang disyorkan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

Untuk memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan, setiap individu di Malaysia disyorkan menikmati kebaikan susu dalam diet seharian.

Susu terbabit diperkaya dengan Max Nutre, kombinasi pintar nutrien protein, magnesium, kalsium dan juga vitamin A, B1, B2 dan B12 yang membantu untuk membina otot lebih kuat, penglihatan dan kepekaan yang tinggi, serta memberi khasjua cabaran yang anda hadapi.

“Ia cara yang bijak untuk membekalkan khasiat kepada diri dan keluarga iaitu dengan memberikan nutrien harian yang penting bagi membina tubuh dan minda yang sihat.

“Kempen Keluarga Sihat Dan Ceria bersama Nestle Everyday bermula di PPR Intan Baiduri, Kepong dan diadakan di utara, tengah dan timur serta kini bersambung di sebelah selatan tanah air,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nestle EVERYDAY , sila layari www.Nestle.com.my/brands/milk/EveryDay

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 2:25 PM