Nestle

Budaya masyarakat kita kerap mengamalkan pilihan pemakanan yang pelbagai. Namun, ramai juga yang kurang pengetahuan mengenai makanan yang diambil walaupun cukup enak dan memuaskan, tetapi tidak membentuk nutrisi mikro yang diperlukan tubuh untuk berkembang sepenuhnya.

Keadaan sebegini lebih dikenali sebagai Hidden Hunger yang menggambarkan keadaan kurang nutrisi seperti vitamin dan mineral. Ia boleh menyebabkan tubuh tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik serta boleh mengalami gangguan kesihatan yang serius.

Tahukah anda, Piramid Makanan Malaysia menyarankan dua hingga tiga sajian susu dan produk tenusu perlu diambil setiap hari. Ia bersamaan tiga gelas susu sehari, ataupun satu gelas susu dengan satu cawan yogurt dan satu keping keju sehari.

Biasanya ibu bapa memberhentikan pengambilan susu di kalangan kanak-kanak sebaik saja mereka melangkah ke prasekolah. Malah kemunculan banyak minuman lain di pasaran pada hari ini membuatkan ramai beralih kepada minuman ini.

Selain kandungan kalsium dan protein yang baik untuk tulang dan tumbesaran, pelbagai lagi zat lain yang terkandung dalam susu serta faedahnya kepada kanak-kanak.

Kajian juga menunjukkan zat yang terkandung dalam susu seperti protein dan kalsium berupaya menghalang jangkitan dan kerosakan pada gigi.

Hampir 45 peratus jisim rangka dibentuk pada usia antara 9 hingga 18 tahun dan kumpulan umur itu dicadangkan mengambil sekurang-kurangnya 1,000 miligram (mg) kalsium setiap hari.

Garis panduan Malaysian Nutrien Intake mencadangkan kanak-kanak berusia tujuh hingga sembilan tahun mengambil 700 mg kalsium sehari atau kira-kira dua hidangan makanan dalam kumpulan susu setiap hari.

Bagi remaja berusia antara 10 hingga 18 tahun, mereka digalakkan mengambil lebih banyak kandungan kalsium memandangkan pertumbuhan tulang aktif ketika itu berbanding fasa kehidupan lain.

Walau berapa pun usia anda, susu mengandungi kandungan kalsium serta pelbagai lagi nutrisi penting untuk tubuh, dan ia perlu diambil dengan secukupnya. Ia bukan sahaja perlu diambil oleh kanak-kanak malah golongan dewasa hinggalah meningkat usia tua.

Hakikatnya, nutrisi terkandung dalam susu akan memperkuatkan kemampuan dan kesihatan yang baik untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Pengambilan susu Nestlé Everyday setiap hari boleh memenuhi jurang nutrien dalam pengambilan makanan. Untuk memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan, keluarga di Malaysia disarankan memilih susu seperti Nestlé Everyday kerana memiliki kebaikan dalam diet seharian.

Oleh itu, lengkapkan nutrisi keluarga anda dengan susu Nestlé Everyday untuk hidup lebih sihat dan lebih riang. Sambil melengkapkan nutrisi keluarga anda, jangan lupa dengan peraduan “Sertai & Menang”. Pelbagai hadiah menarik menanti anda seisi keluarga. Info lanjut di www.dearnestle.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Ogos 2018 @ 10:16 AM