TARANG (dua dari kiri) bersama Pengurus Pemasaran Dutch Lady Ashlee Ng (dua dari kanan) dan kakitangan Dutch Lady melancarkan susu Frisomum Gold.
TARANG (dua dari kiri) bersama Pengurus Pemasaran Dutch Lady Ashlee Ng (dua dari kanan) dan kakitangan Dutch Lady melancarkan susu Frisomum Gold.
HM Digital

Apakah perkara pertama yang anda lakukan saat disahkan hamil oleh doktor? Selain kegembiraan dan keterujaan pasti banyak pertanyaan bermain di fikiran bermula dengan soalan penjagaan kesihatan, pakaian, rutin harian dan pemakanan.

Namun perkara berkaitan makanan paling menjadi tumpuan adalah perubahan hormon yang menyebabkan selera makan semakin bertambah terutama pada penghujung kehamilan. Malah dalam sesetengah keadaan ada yang mengubah cara hidup dan pemakanan demi memastikan diri dan bayi sihat sepenuhnya.

Bagi memastikan ibu dan bayi kekal sihat sepanjang sembilan bulan kehamilan, ibu perlu mengambil makanan berkhasiat yang mengandungi karbohidrat, protein, kalsium dan vitamin.

Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Columbia Asia Petaling Jaya Dr Nicholas Lim, kehamilan bukanlah masa untuk menikmati apa saja makanan tanpa menghiraukan kesihatan.

Ini adalah tidak benar apatah lagi ada yang beranggapan ibu perlu makan untuk dua orang.

Walaupun mengandung, wanita masih boleh melakukan aktiviti membabitkan pergerakan yang sama seperti sebelum mengandung antaranya keluar bekerja setiap hari, memandu kenderaan dan melakukan kerja rumah.

“Sekiranya selesa ibu boleh menikmati lebih masa untuk diri sendiri selagi ia selamat untuk diri dan si kecil di dalam kandungan. Untuk mendapatkan tubuh yang sihat, penjagaan makanan sangat penting kerana kini ramai ibu berhadapan masalah diabetes ketika hamil.

“Ia perkara yang membimbangkan dan perlu dielak melalui amalan pemakanan yang baik serta seimbang. Oleh itu ibu perlu mengekalkan berat badan yang sihat iaitu kenaikan mengikut tahap yang disyorkan di antara 12 hingga 15 kilogram,” katanya yang berucap ketika sesi perbincangan mengenai kehamilan bersempena majlis pelancaran Frisomum Gold Kini Diperbaharui dengan rumusan terkini.

Turut sama dalam perbincangan adalah Pengurus Pemasaran Dutch Lady Milk Industries Berhad Eugenie Laarman-Boekel dan selebriti Elaine Daly yang berkongsi pengalaman kehamilan mereka.

Menurut Elaine, ketika hamil kali pertama dia sangat berhati-hati terutama mengenai pergerakan dan pengambilan makanan.

“Ketika hamil kali pertama saya makan apa saja tetapi untuk kehamilan kali ini berbeza kerana saya lebih pemilih terutama makanan berkhasiat. Saya juga tidak mengehadkan pergerakan dan kekal aktif seperti biasa.

“Pada trimester pertama saya banyak minum susu untuk mengekalkan stamina. Ini kerana saya mengalami alahan pada waktu pagi dan malam. Jadi susu membuatkan badan lebih bertenaga, pada masa sama janin mendapat khasiat yang diperlukan dan berkembang mengikut usia kandungan,” katanya.

Bagi Eugenie pula, kehamilan bukan bermakna kita perlu tidur atau berehat sepanjang masa. Mungkin pada trimester pertama ada ibu mengalami alahan yang teruk. Namun mereka harus memastikan tubuh mendapat cukup khasiat menerusi susu yang diambil setiap hari.

“Ketika hamil saya tetap bersenam dan melakukan tugasan seperti biasa. Apa yang penting memastikan mengambil makanan berkhasiat cukup zat yang diperlukan tubuh. Banyakkan makanan kaya protein dan kalsium untuk tulang yang kuat,” katanya.

Menurut Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) Tarang Gupta, Frisomum Gold kini 100 peratus susu untuk ibu dengan formulasi baru, kandungan DualCare untuk menyokong pengambilan nutrisi ibu dan si kecil dengan lebih baik. Syarikat itu sentiasa meningkatkan resipi produk untuk memberikan nilai kepada pengguna selaras dengan objektif korporat iaitu Nourishing by Nature.

“Syarikat induk Dutch Lady Malaysia FrieslandCampina mempunyai objektif memberikan pengguna kebaikan susu secara semula jadi. Susu dihasilkan menerusi ternakan yang dijaga rapi dan peladang mengamalkan amalan hidup positif bagi memastikan penghasilan pengeluaran yang berkesan untuk generasi akan datang,” katanya.

Frisomum Gold adalah susu tepung rumusan yang percaya sains perlu bergabung secara harmoni dengan alam bagi memberikan pengguna nutrisi semula jadi. Prinsip ini diterapkan dalam setiap langkah kerja bagi peladang agar dapat menghasilkan kaedah pemprosesan yang inovatif untuk mendapatkan nutrien yang asli.

“Kami berbangga memperkenalkan inovasi terkini dalam susu untuk ibu kepada lebih 500,000 ibu di Malaysia. Dengan nutrisi semula jadi iaitu DualCare untuk ibu dan si kecil, kini ibu hamil tidak perlu bimbang sewaktu kehamilan mereka,” katanya.

Formula yang diperbaharui juga diuji secara klinikal terbukti rendah Indeks Glisemik (GI) yang membantu ibu hamil mengekalkan berat badan sihat. Ini kerana makanan mengandungi GI yang rendah boleh dihadam, diserap dan mempunyai kadar metabolisme perlahan.

Mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting untuk ibu hamil. Peningkatan berat badan berlebihan dalam tempoh kehamilan menyebabkan wanita berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan diabetes. Diet rendah GI atau gula akan memastikan berat badan kekal sihat.

Bukan sahaja untuk ibu, Frisomum Gold juga dibekalkan nutrien seperti asid folik dan iodin untuk menghasilkan sel darah merah dan perkembangan sistem saraf dan otak. Ia juga diperkaya dengan nutrien lain seperti vitamin B12, vitamin D, DHA dan kalsium.

Bersempena pelancaran, Frisomum Gold memperkenalkan kempen #mypregnancymyway dengan kerjasama pakar pemakanan Indra Balaratnam dan pereka fesyen Melinda Looi untuk membimbing ibu hamil mengenai cara mendapatkan makanan berkhasiat dan fesyen bersesuaian. -Siti Zarinah Sahib

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 January 2018 @ 10:56 AM