LELAKI warga asing yang ditahan. FOTO Jabatan Pendaftaran Negara
LELAKI warga asing yang ditahan. FOTO Jabatan Pendaftaran Negara
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuala Lumpur: Lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah menengah di pinggir Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Mohd Yazid Ramli berkata, lelaki berusia 19 tahun terbabit ditahan pada 12.30 tengah malam tadi oleh pegawai dan anggotanya selepas menerima maklumat awam.

"Kad pengenalan diri yang digunakan lelaki itu adalah palsu dan turut mendakwa berasal dari Sabah. Bagaimanapun hasil soal siasat dilakukan akhirnya dia mengaku berasal dari Mindanao, Filipina," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga turut menahan lelaki warga asing berusia 32 tahun kerana dipercayai menggunakan kad pengenalan milik orang lain sebagai pengenalan diri di Kepong, di sini.

Mohd Yazid memberitahu dua lelaki berkenaan kini disiasat mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2016 @ 11:11 AM