Dua suspek menggunakan kad pengenalan palsu ditahan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN di Jalan Duta. FOTO Ihsan JPN
Dua suspek menggunakan kad pengenalan palsu ditahan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN di Jalan Duta. FOTO Ihsan JPN
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Dua warga Filipina ditahan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya di Jalan Duta, di sini, kerana memiliki kad pengenalan palsu.

Dalam operasi kira-kira jam 1 pagi itu, dua warga Filipina berusia 32 dan 41 tahun pada mulanya mengaku berasal dari Sabah.

Ketua Pengarah JPN Mohd Yazid Ramli berkata, bagaimanapun pemeriksaan ke atas kad pengenalan mendapati keadaan fizikal kad itu tidak sama seperti ciri-ciri dikeluarkan JPN.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu kemudian mengaku berasal dari Basilan, Filipina dan membeli kad pengenalan palsu daripada ejen dengan harga RM400.

"Suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Peraturan 25(1)(o) dan Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2017 @ 3:25 PM