ANGGOTA tentera Thailand memeriksa lokasi letupan bom kereta di luar hotel. FOTO Reuters
ANGGOTA tentera Thailand memeriksa lokasi letupan bom kereta di luar hotel. FOTO Reuters
Agensi

Bangkok: Sebuah bom kereta meletup di luar hotel di Pattani, selatan Thai, tengah malam tadi menyebabkan seorang terbunuh dan lebih 30 orang cedera.

Kejadian berlaku sejurus selepas tengah malam.

“Setakat ini, seorang disahkan terbunuh. Bangunan hotel rosak teruk,” kata ketua polis Pattani, Mejar Jeneral Thanongsak Wangsupa.

Seorang kakitangan hospital di bandar itu berkata, lima daripada 32 mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

“Semuanya warga Thai,” katanya.

Pattani dilanda keganasan sejak 12 tahun lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2016 @ 11:09 AM