ANGGOTA tentera yang terbunuh dalam kejadian semalam.
ANGGOTA tentera yang terbunuh dalam kejadian semalam.

Haatyai: Seorang sami dan seorang anggota tentera terbunuh sementara enam yang lain cedera dalam serangan bom di sini, semalam.

Polis mengesyaki kumpulan pemisah selatan Thai bertanggungjawab dalam kejadian di Pattani itu.

Ketua balai polis Saiburi Kolonel Paiya Karawanan berkata, bom itu diletupkan dari jarak jauh, menyasarkan sekumpulan sami yang memungut derma ketika satu majlis ritual dan anggota tentera yang mengiringi mereka.

Antara yang cedera ialah seorang lagi sami, dua polis dan tiga orang awam.

Pattani ialah antara tiga wilayah majoriti penduduk Islam di Thailand.

Lebih 5,000 orang terbunuh sejak penduduk Islam keturunan Melayu di rantau berkenaan memulakan kempen untuk mewujudkan sebuah negara merdeka di rantau berkenaan pada 2004. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:03 AM