PEGAWAI SPRM mengiringi tiga kakitangan TNB Kelantan yang ditahan reman. FOTO Syamsi Suhaimi
PEGAWAI SPRM mengiringi tiga kakitangan TNB Kelantan yang ditahan reman. FOTO Syamsi Suhaimi
Muhamaad Razis Ismail

razis@hmetro com.my

Kota Bharu: Tiga kakitangan TNB Kelantan ditahan reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salahguna kuasa.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri terhadap suspek berusia antara 30 hingga 50 tahun itu bermula hari ini sehingga 27 Ogos ini untuk membantu siasatan.

Kesemua mereka terdiri dari seorang jurutera dan dua juruteknik ditahan jam 4 petang semalam di Pejabat SPRM Kelantan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang pengarah kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergelar Datuk Seri, pengarah kanan sebuah jabatan kerajaan di Melaka bergelar Datuk dan seorang pengurus agensi kerajaan di Kelantan direman tujuh hari di tiga Mahkamah Majistret berasingan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009.

Seksyen dalam akta berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 dan lima kali nilai suapan yang lebih tinggi jika sabit

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki dipetik berkata, akaun milik ketiga-tiga suspek melebihi RM13 juta dibekukan meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai RM1 juta hingga RM6 juta bagi setiap yang ditahan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2016 @ 3:04 PM