SUSPEK kes rasuah dan salah guna kuasa dibebaskan dengan jaminan RM200,000 di Mahkamah Kota Bharu. FOTO Fathil Asri
SUSPEK kes rasuah dan salah guna kuasa dibebaskan dengan jaminan RM200,000 di Mahkamah Kota Bharu. FOTO Fathil Asri
Muhamaad Razis Ismail

razis @hmetro com.my

Kota Bharu: Jurutera syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sebelum ini direman berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa dibebaskan dengan jaminan di Mahkamah Majistret, hari ini.

Pendaftar Mahkamah Majistret Amni Mat Jahari membenarkan suspek berusia 30 tahun dibebaskan dengan jaminan RM200,000.

Sebelum ini suspek ditahan pada 20 Ogos lalu bersama dua juruteknik ketika memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan susulan penahanan pegawai kanan GLC di Kota Bharu, 15 Ogos lalu sebelum ditahan reman.

Bagaimanapun, pegawai kanan dan dua juruteknik GLC itu yang turut ditahan reman dibebaskan dengan jaminan sejak minggu lalu.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah pada 11.45 pagi diiringi pegawai SPRM dengan memakai baju lokap SPRM.

Harian Metro sebelum ini melaporkan pengarah kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergelar Datuk Seri, pengarah kanan jabatan kerajaan di Melaka bergelar Datuk dan pengurus agensi kerajaan di Kelantan direman tujuh hari di tiga Mahkamah Majistret berasingan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 1:12 PM