MENGGEMARI menu pedas.
MENGGEMARI menu pedas.

Buat penyanyi lagu Hye Kau, Sandra atau nama sebenarnya, Alessandra Dianne Ampuria, Time Out Cafe menawarkan sajian yang sangat enak terutama pencuci mulut, pulut mangga.

“Pulut mangga adalah terbaik. Kombinasi tiga rasa, iaitu manis buah mangga, rasa santan berlemak dan pulut memberikan cita rasa yang unik malah ia sangat bersesuaian dengan selera saya.

“Oleh kerana saya penggemar makanan pedas, menu ‘boat noodle’ berperisa tom yam dan ayam BBQ yang berasa unik hasil dua sos berbeza menjadikannya menu wajib untuk kunjungan akan datang,” katanya ketika ditemui.

Berkongsi perkembangan terbaru, Sandra mengakui bakal tampil dengan single terbaru yang dijangka dilancarkan pada Januari tahun depan dengan konsep berbeza.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2016 @ 5:00 AM