Gambar oleh Biro Imigresen Filipina menunjukkan bakal jemaah haji Indonesia yang ditahan kerana menggunakan pasport Filipina sebelum sempat menaiki pesawat ke Arab Saudi, hari ini. - Foto AP
Gambar oleh Biro Imigresen Filipina menunjukkan bakal jemaah haji Indonesia yang ditahan kerana menggunakan pasport Filipina sebelum sempat menaiki pesawat ke Arab Saudi, hari ini. - Foto AP
AP

Manila: Pihak berkuasa imigresen Filipina menahan 177 bakal jemaah haji Indonesia yang menggunakan pasport negara itu sebelum mereka sempat menaiki pesawat ke Arab Saudi, hari ini, bersama lima rakyat Filipina yang mengiringi mereka.

Pesuruhjaya Imigresen Jaime Morente berkata, pasport mereka adalah tulen namun diperolehi dengan cara tidak sah dan bakal jemaah itu membayar antara AS$6,000 hingga AS$10,000 seorang untuk menunaikan haji menggunkan kuota Filipina.

Menurutnya, mereka berjaya dikesan kerana tidak boleh berbahasa Tagalog atau dialek Filipina lain.

Mereka kini ditahan di pusat tahanan imigresen di pinggir Taguig dan agensi kerajaan Filipina sedang berurusan dengan pihak berkuasa Indonesia untuk proses penghantaran pulang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2016 @ 11:38 PM