PENGELUAR perkakasan komputer terkemuka, ASUS Republic of Gamers (ROG) bakal mengeluarkan skrin paparan berkuasa tinggi yang menyokong teknologi grafik milik Advanced Micro Devices (AMD) iaitu Freesync.
Produk terbaru milik syarikat itu dikenali sebagai Strix XG HDR yang memberi fokus prestasi untuk mod permainan.
Skrin paparan ini juga dilengkapi dengan teknologi HDR dengan kadar denyutan paparan yang tinggi sehingga 144hz.
Ketiga-tiga skrin paparan ini dilengkapi dengan teknologi Freesync 2 HDR.
SPESIFIKASI
STRIX XG438Q
• Saiz: 43 inci
• Resolusi: 4K 3840 x 2160 / 120hz
• Teknologi: Freesync
STRIX XG49VQ
• Saiz: 49 inci
• Resolusi: 3890 x 1080 / 144hz
STRIX XG32VQR
• Saiz: 32 inci
• Resolusi: 2560 x 1440 / 144hz