Siti Fatimah Hassan


Kuala Lumpur: Lebih sepuluh ribu muslimin dan muslimat membanjiri Dataran Merdeka berdoa serta bermunajat untuk kesejahteraan negara sempena program Doa Untuk Malaysia, malam tadi.

Program turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Al-Bakri sebelum itu mengimamkan solat hajat berjemaah manakala doa diketuai Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tuan Asmawi Tuan Umar.

Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Keruak; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Program kali ketiga itu adalah sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 yang dianjurkan secara bersepadu membabitkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia termasuk jabatan dan agensi kerajaan.

Ia juga bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan dengan nilai keagamaan dan program berteraskan Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2016 @ 10:57 PM
SEBAHAGIAN muslimin dan muslimat yang hadir di program Doa Untuk Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka. FOTO Zaaba Zakeria
SEBAHAGIAN muslimin dan muslimat yang hadir di program Doa Untuk Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka. FOTO Zaaba Zakeria