ANTARA 113 individu yang ditahan dalam operasi PDRM di sekitar Kota Bharu dan Bachok.
ANTARA 113 individu yang ditahan dalam operasi PDRM di sekitar Kota Bharu dan Bachok.
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Seramai 113 lelaki dipercayai penagih dadah ditahan dalam Ops Bersepadu di bandar ini dan Bachok bermula malam tadi hingga 8 pagi.

Mereka ditahan berusia antara 20 hingga 50 tahun, termasuk empat daripadanya mempunyai waran tangkap.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab Rahman Ismail berkata, dalam operasi itu pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM33,222.

"Semua ditahan disiasat mengikut Seksyen 39B; Seksyen 39A; Seksyen 52 dan Sekyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

"Antara dadah dirampas ialah daun ketum, air ketum, heroin, pil kuda dan syabu, manakala empat orang memiliki waran tangkap," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Ab Rahman berkata, operasi bersepadu babit pelbagai jabatan itu akan berlangsung secara berkala bagi membanteras jenayah narkotik di seluruh Kelantan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 2:55 PM