BAHAROM (tengah) bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Zaman Huri Isa
BAHAROM (tengah) bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Zaman Huri Isa
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Polis menahan 104 individu termasuk mereka yang disyaki pengedar dadah dalam Ops Tapis Bersepadu di sini, Tumpat dan Pasir Mas, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, pihaknya turut merampas dadah bernilai RM46,000.

Katanya, individu berusia antara 15 hingga 61 tahun ditahan kerana terbabit penyalahgunaan dadah.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 39B; Sekyen 39A(2); Seksyen 39(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Antara dadah yang dirampas termasuk jenis syabu, pil kuda, daun ketum, pil psikotrapik, air ketum dan heroin," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini hari ini.

Menurutnya operasi perangi dadah akan terus dijalankan dari semasa ke semasa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 5:01 PM