KASUAL dengan gabungan baju sweater bersama kemeja.
KASUAL dengan gabungan baju sweater bersama kemeja.
Amri Mutalib


Gaya ‘preppy’ yang menggabungkan antara pakaian kemeja bersama ‘sweater’ menjadi trend bagi seseorang untuk menampakkan ciri klasik.

Perkara yang menarik mengenai gaya preppy adalah ia bukan sahaja kelihatan ranggi , tetapi juga boleh digaya untuk bekerja atau ke kuliah.

Gaya kasual yang mengekalkan kekemasan, mungkin bagi sesetengah orang nampak sedikit rumit namun sebenarnya penampilan itu kelihatan elegan dan klasik lebih-lebih lagi apabila melangkah kaki ke majlis tertentu.

Baju ala sweater dijadikan sebagai pelengkap dalam penggayaan preppy. Lelaki selalunya akan menggabungkan baju sweater bersama kemeja bagi menampakkan ciri maskulin.

Bagi perempuan pula, mereka akan menggayakan skirt pendek bersama kot dan disempurnakan dengan kain mafla.

Berikut adalah aksesori yang boleh digabungkan bagi menepati cita rasa ala preppy.

Knit Cable Sweater

Baju sweater knit ini selalunya dipakai oleh remaja yang mementingkan gaya K-Pop. Tidak kira sama ada ia dibuat daripada kapas, bulu atau kasmir, baju sweater ini boleh digayakan formal ke pejabat. Kebanyakkan baju sweater knit ini mempunyai leher V yang sesuai untuk lelaki berbadan besar. Ia akan nampak kurus dan tinggi.

Kasut Bot

Salah satu kasut yang semua lelaki gemar sekarang ini adalah kasut bot. Kasut ini menampakkan lagi ciri kasual bagi mereka yang bekerja di pejabat, bersiar-siar dan makan malam.

Gelang Anchor

Gelang diperbuat dengan pelbagai jenis kain dan bahan seperti tali yang diikat menggunakan logam kecil atau ‘anchor’ adalah pilihan aksesori sesuai untuk mereka kekalkan gaya preppy.

Aksesori ini sudah popular di negara kita apabila ia nampak elegan dan trendy, gelang ini boleh dipakai oleh lelaki mahupun wanita.

Kaca Mata

Mungkin anda tahu kaca mata (sama ada perlu atau sekadar hiasan), kini dipopularkan sebagai satu aksesori penting untuk gaya preppy.

Nampak comel apabila mereka menggayakan kaca mata. Ada di antara kita beranggapan mereka yang mengenakan kaca mata pada gaya preppy kelihatan bijak dan ‘nerdy’.

Gaya kaca mata bulat ala Korea pilihan tepat bagi gaya preppy.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2017 @ 2:24 AM