Kereta terbabas dan terjunam ke dalam longkang besar mengorbankan tiga orang. FOTO Ghazali Kori
Kereta terbabas dan terjunam ke dalam longkang besar mengorbankan tiga orang. FOTO Ghazali Kori
Mohd Hasbi Sidek

Puchong: Dua wanita dan seorang lelaki maut apabila kereta yang dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam longkang besar di Jalan PU3, Taman Puchong Utama, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian 10 pagi itu, kereta berkenaan dari arah Putrajaya menghala Puchong melalui Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, ketika tiba di lokasi kereta yang dipandu terbabas dan melanggar tembok longkang sebelum terjunam.

"Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong mendapat laporan kejadian terus bergegas ke lokasi.

"Ketika tiba ketiga-tiga mangsa berada di luar kenderaan dan kami menjalankan operasi menaikkan semua mangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2016 @ 1:20 PM