Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Puchong: Sebuah kereta terjunam ke dalam lombong di Taman Prima, di sini, malam tadi dan pemandunya dikhuatiri lemas.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Cyberjaya Penolong Penguasa Sabri Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada 10 malam.

Katanya, seramai lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya ke tempat kejadian untuk mencari mangsa.

"Unit Skuba Bomba dan penyelamat Selangor dipanggil bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

"Sehingga kini identiti mangsa masih belum dikenal pasti,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2015 @ 12:24 AM