Keadaan kenderaan yang dibawa keluar selepas terjunam dalam sungai. FOTO Ihsan Bomba
Keadaan kenderaan yang dibawa keluar selepas terjunam dalam sungai. FOTO Ihsan Bomba
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Sebuah kereta terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Gombak, dekat Jalan Kuching, berhampiran Pertama Kompleks, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, pemandu kenderaan terbabit gagal dikesan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kereta berkenaan mungkin terbabas akibat jalan licin.

"Bomba menerima panggilan kecemasan 6.15 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa serta Sentul bergegas ke lokasi untuk bantuan mencari dan menyelamat.

"Kereta berjaya dinaikkan 9.25 pagi, namun tiada mangsa di dalamnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 11:17 AM