KEADAAN kereta mangsa yang maut dalam kemalangan di plaza tol di Kilometer 30.3 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN kereta mangsa yang maut dalam kemalangan di plaza tol di Kilometer 30.3 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


Puchong: Seorang lelaki meninggal dunia selepas kereta dipandunya melanggar batu pembahagi lorong plaza tol di Kilometer 30.3 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), dekat sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.57 petang tadi.

"Seramai lapan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat kemalangan membabitkan sebuah kereta yang melanggar batu pembahagi plaza tol.

"Kemalangan itu mengakibatkan seorang lelaki, Sim Keng Siang, 51, tersepit di bahagian pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

⁃ ends

Keterangan gambar:

1. LELAKI yang maut selepas kereta dipandunya melanggar batu pembahagi lorong plaza tol di Kilometer 30.3 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Puchong, hari ini.

From: No'Rule

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Jun 2022 @ 5:44 PM