FOTO Zuliaty Zulkiffli
FOTO Zuliaty Zulkiffli
Zuliaty Zulkiffli

Kodiang: Wanita yang gagal menyelamatkan diri apabila kereta dinaiki terjunam ke dalam terusan Lana Bulu, Jalan Megat Dewa, di sini, ditemui lemas, pada 10.28 pagi ini.

Jasad Norliza Abdullah, 24, dijumpai di dasar terusan Lana Bulu, Jalan Megat Dewa, kira-kira lima meter dari penemuan kereta yang terjunam.

Mangsa ditemui anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani.

Pegawai Operasi Zon 1, Penguasa Bomba Mohd Syam Kamaruddin, berkata operasi membabitkan 21 anggota dari BBP Jitra, Alor Setar dan lima pegawai dan dibantu 17 anggota JPAM Kedah serta tiga anggota polis, sejak 8 pagi ini.

"Mayat mangsa ditemui kira-kira 10 meter dari tebing dalam keadaan tertiarap di dasar terusan dan diserah kepada polis untuk dihantar Unit Forensik Hospital Jitra," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi, mangsa dikatakan sempat keluar dari kereta tetapi tidak tahu berenang manakala rakan lelakinya berjaya menyelamatkan diri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 10:53 AM