Dua lelaki yang ditahan dibawa ke mahkamah dan polis mendapat perintah reman selama seminggu untuk bantu siasatan. Ihsan China Press
Dua lelaki yang ditahan dibawa ke mahkamah dan polis mendapat perintah reman selama seminggu untuk bantu siasatan. Ihsan China Press
Muhammad Apendy Issahak

Ipoh: Polis tahan dua lelaki bagi bantu siasatan kes bunuh seorang lelaki yang ditemui dengan kesan tetak di kepala di sebuah runah di Laluan Temenggong, Pasir Puteh, Ipoh pagi semalam.

Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan kira-kira jam 3 petang semalam di kawasan Perindustrian Bandar Baru Menglembu, di sini oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dalam Ops Cantas yang dijalankan sejurus selepas mangsa ditemui.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong, dua suspek yang ditahan itu berusia 30 dan 31 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh itu dan kedua-duanya kini direman selama tujuh hari bermula hari ini.

"Suspek yang berusia 31 tahun berasal dari Taman Sunlight, di sini dan seorang lagi berusia 30 tahun beralamat di Bandar Baru Menglembu," katanya.

Dalam kejadian bunuh itu, mangsa, D D Raymond, 35, berasal dari Buntong, di sini, dan seorang lagi rakannya parah ditetak di tangan selepas diserang sekumpulan enam lelaki di sebuah restoran di Pasir Puteh.

Polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat mangsa daripada orang awam yang melalui kawasan itu pada 7.38 pagi.

Keterangan gambar:

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2016 @ 8:24 PM