ANTARA babak dalam filem Ophilia  yang akan ditayangkan mulai  18 Disember 2014.
ANTARA babak dalam filem Ophilia yang akan ditayangkan mulai 18 Disember 2014.
ANTARA babak dalam filem Ophilia  yang akan ditayangkan mulai  18 Disember 2014.
ANTARA babak dalam filem Ophilia yang akan ditayangkan mulai 18 Disember 2014.
ANTARA babak dalam filem Ophilia  yang akan ditayangkan mulai  18 Disember 2014.
ANTARA babak dalam filem Ophilia yang akan ditayangkan mulai 18 Disember 2014.
BARISAN pelakon filem Ophilia bersama Raja Mukhriz yang hadir ketika tayangan perdana filem berkenaan, baru-baru ini.
BARISAN pelakon filem Ophilia bersama Raja Mukhriz yang hadir ketika tayangan perdana filem berkenaan, baru-baru ini.
Syanty Octavia Amry

Tidak dinafikan, industri perfileman tempatan dibanjiri dengan karya yang lebih memberi fokus kepada kehidupan masyarakat sejak kebelakangan ini. Ia berbeza dengan Ophilia yang lebih telus kerana ia mengangkat kehidupan golongan 'skinhead' di luar sana.

Mungkin ramai yang tidak tahu dan beranggapan golongan ini kasar dan bermasalah, hakikatnya, memang sikap mereka kasar tetapi punyai sikap setia kawan dan sentiasa bersatu dalam apa juga keadaan yang menimpa orang di sekeliling mereka.

Itulah antara garapan yang cuba diketengahkan oleh pengarah filem ini, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.

Mengakui dia antara orang yang pernah tergolong dalam 'underground', apa yang dipaparkan sekadar berkongsi kisah tiga lelaki 'skinhead' dan semangat setia kawan atau 'brotherhood'.

Raja Mukhriz berkata, disebabkan pernah menjadi golongan 'underground' dia tahu serba sedikit mengenai dunia 'skinhead'.

"Hampir tiga tahun saya membuat kajian mengenai filem ini. Banyak perkara yang diambil kira bagi menjaga sensitiviti golongan 'skinhead' berkenaan.

"Enam bulan sebelum ditayangkan orang sudah mula bercakap mengenai filem ini. Saya berasa bimbang dan gementar teramat sangat sama seperti kali pertama menjadi pengarah fotografi.

"Alhamdulillah, berkat sokongan daripada golongan ini terhasilnya filem Ophilia. Apa yang saya tonjolkan juga bukan menunjukkan sisi buruk mereka tetapi berharap masyarakat melihatnya dari sudut positif," katanya yang berharap filem indie ini akan ditonton lebih 1 juta orang.

Filem ini dimantapkan barisan pelakon seperti Que Haidar, Pekin Ibrahim, Kodi Rasheed, Zizan Nin, Michael Ang, Sharifah Shahora dan ramai lagi.

Selaku teraju utama filem ini, Que mengakui dia terima tawaran berlakon dalam cerita itu kerana tertarik dengan wataknya sebagai Ozi Gandum.

Baginya memegang watak sebagai antihero lebih mencabar di mana ia lebih telus dalam menunjukkan sisi sebenar seseorang itu.

"Watak seperti ini lebih dekat dengan masyarakat. Ada kelebihan dan kekurangan yang boleh ditonjolkan. Berbanding watak hero, saya perlu menjadi lelaki berbadan tegap setiap masa.

"Selepas membaca skripnya, hati saya terus terbuka menerimanya. Pada masa sama, saya sudah lama mengenali Mukhriz dan selesa bekerjasama dengannya.

"Lagipun, sudah sampai masanya, saya melakonkan watak yang saya suka. Jika dulu, saya berlakon untuk orang mengenali siapa saya tetapi sekarang saya mahukan watak yang saya benar-benar suka," katanya.

Bergaul dengan golongan 'skinhead'

Bagi Pekin pula, dia lebih mudah menghayati wataknya kerana memiliki ramai kawan daripada golongan 'skinhead'. Malah dia bersama Kodi pernah menyertai jambori yang diadakan kumpulan ini di Janda Baik, Pahang.

"Kami ke sana untuk berkongsi watak yang kami jayakan. Pada mulanya, saya berasa lain macam namun selepas mereka faham tujuan kami, barulah kami sedar bahawa kumpulan ini sangat menghormati orang lain apabila kita melakukan perkara yang sama kepada mereka.

"Dari jam 2 petang sehingga lewat malam kami berbincang mengenai watak dalam Ophilia dan ianya tidak sia-sia.

"Mereka semua memberi kerjasama yang baik malah banyak membantu dalam memberi pandangan dari segi pakaian dan bahasa yang perlu digunakan untuk golongan 'skinhead'," katanya.

Pendatang baru, Kodi Rasheed berkata, dia berusaha menyesuaikan dirinya bekerjasama dengan pelakon hebat seperti Que dan Pekin dalam filem itu.

"Tidak saya nafikan, sejak awal berlakon dalam filem ini saya sudah terfikir pasti akan menjadi isu apabila orang baru seperti saya berlakon di samping pelakon berpengalaman.

"Bagi menghilangkan perasaan kekok itu, saya cuba berlagak seperti biasa dan tidak mahu menunjukkan kepada penonton bahawa saya adalah pelakon baru.

"Saya berusaha memberikan lakonan bersahaja seolah-olah sudah lama terbabit dalam bidang lakonan ini," katanya.

Sinopsis Ophilia

Filem ini menceritakan mengenai tiga sabahat berkepala botak atau 'skinhead' iaitu Uji, Ozi dan Totoi yang setia bersama dalam melakukan apa juga perkara yang mereka suka tanpa mempedulikan orang lain.

Musibah menimpa apabila mereka terjebak dengan pembunuhan seorang gadis bernama Ophilia disebabkan sikap panas baran Ozi.

Mampukah mereka menyelesaikan masalah itu? Saksikan kesudahan filem ini yang akan menemui penonton di pawagam seluruh tanah air pada 18 Disember ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 5:03 AM