Gambar kesan rotan di badan kanak-kanak yang viral malam semalam. FOTO ihsan pembaca
Gambar kesan rotan di badan kanak-kanak yang viral malam semalam. FOTO ihsan pembaca
Omar Osman


Sungai Petani: Polis mengesahkan kejadian tiga murid lelaki berusia 10 tahun dipukul dengan rotan oleh seorang tenaga pengajar di sebuah pusat tahfiz, di sini, semalam namun belum menerima laporan daripada keluarga mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada anak lelaki pengasas pusat tahfiz berusia 46 tahun yang menafikan pembabitan madrasah berkenaan dalam kes dera terbabit.

Menurutnya, hasil siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku membabitkan tiga murid berusia 10 tahun yang dipukul dengan rotan oleh seorang ustaz ganti di madrasah berkenaan.

"Punca kejadian disebabkan tiga pelajar itu hendak melarikan diri dari asrama dan mereka dipukul menggunakan rotan. Siasatan masih dibuat oleh pihak polis dan mangsa akan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Gambar badan kanak-kanak berkenaan yang berbirat menjadi viral di laman sosial Facebook dan Whatsapp sejak malam semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Julai 2016 @ 8:15 PM