BEBERAPA anggota polis kelihatan sedang melakukan siasatan. FOTO Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
BEBERAPA anggota polis kelihatan sedang melakukan siasatan. FOTO Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuala Lumpur: Objek menyerupai bom tangan yang ditemui orang awam di sebuah bank di Taman Midah, Cheras di sini, disahkan sebagai barang permainan kanak-kanak.

Dalam kejadian jam kira-kira 6 pagi pihak polis menerima panggilan awam mengatakan objek menyerupai bom tangan ditemui berhampiran mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank itu sebelum sepasukan unit pemusnah bom (UPB) dan unit anjing pengesan (K9) tiba untuk menjalankan siasatan.

Difahamkan polis terpaksa menutup kawasan bank itu sementara kerja siasatan dilakukan dua unit berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, hasil siasatan mendapati objek itu bukanlah bom tangan dan hanya barang permainan kanak-kanak yang berkemungkinan besar tercicir.

"Pihak polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Julai 2016 @ 11:32 AM