Oleh Nabihah Kamal

Cheras: Dua lelaki gagal melarikan duit selepas meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Taman Midah, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 4.19 pagi itu, dua mesin ATM terbabit rosak akibat letupan itu namun suspek gagal melarikan wang berikutan disedari pengawal keselamatan bank ketika itu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata suspek memecahkan dinding kaca bilik mesin ATM berkenaan sebelum meletupkan dua mesin itu menggunakan bahan letupan.

"Dua lelaki tempatan berusia 20an itu menggunakan bahan letupan jenis bom jerangkap rekaan elektrik (IED). Hasil pemeriksaan melalui kamera litar tertutup (CCTV) dapat mengesan identiti suspek dan sedang giat memburu individu berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2015 @ 6:06 PM