OBJEK seakan bom mortar yang ditemui sebelum dimusnahkan UPB. FOTO IHSAN POLIS
OBJEK seakan bom mortar yang ditemui sebelum dimusnahkan UPB. FOTO IHSAN POLIS
Muhaamad Hafis Nawawi


SATU objek menyerupai bom mortar ditemui di laman rumah di Kampung Segambut Bahagia, Segambut, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan objek itu jam 10 pagi.

Menurutnya, Unit Pemusnah Bom (UPB) kemudian dikerah dan tiba di lokasi jam 11.40 pagi.

“UPB kemudian menganalisa dan mengangkat objek berkenaan ke lokasi selamat yang lapang berdekatan kawasan itu.

“Ini bertujuan untuk memusnahkan objek ini kerana kawasan berkenaan tidak selamat untuk prosedur pemusnahan.

“Jarak tempat memusnahkan objek dengan tempat kejadian (penemuan) lebih kurang 100 meter bagi memastikan keselamatan penghuni serta harta benda,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shanmugamoorthy berkata, objek menyerupai bom mortar kemudian dimusnahkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Ogos 2019 @ 3:26 PM